TEMPAHAN PAKEJ & PENGINAPAN


Hubungi

Pengurus Pelancong

En. Farid (boy)

H/P 011-15 207 207 /

019-5634 777

Email pangkorholiday@yahoo.com


PANGKOR SERVICES

Comp. No. IP0277897-V

No. 1 Pusat Penerangan Pelancongan,

Jalan Sultan Idris Shah,

32200 Lumut,

Perak Darul Ridzuan.


Pulau Impian Enterprise

Akaun Maybank 5582 9340 2612
Pangkor Services  

Akaun Maybank 5582 9340 3571

Pangkor Online Services 

Akaun CIMB 1210-0000666-105


A D V E R T I S E M E N T

 

 

 


Laman Utama > Info
Terus ke DIREKTORI Hotel & Chalet


Panduan kepada pelancong

Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Menaiki feri selama 20 minit membuat anda tidak sabar untuk sampai ke Pulau Pangkor yang seolah-olah menggamit kedatangan anda!   Tarikan terbaru di Pulau Pangkor - Paintball wargame - kini ditawarkan di Teluk Dalam Resort. Resort ini juga menyediakan Rope Courses.


Satu lagi tarikan terbaru Pulau Pangkor - Pangkor Futsal Centre yang dibuka siang dan malam.


PANGKOR ISLAND is now the primary choice for DANAZMIR CONSULTANCY as venue for their Team-building Programmes, Motivational Courses and Adventure Courses. (Click logo for link)

DANAZMIR CONSULTANCY is a company specializing in Adventure, Survival and Safety.

We are extensively involved in providing survival and safety training mainly to the Oil & Gas, Aviation and Maritime Industries.

On the adventure side, we organize special events for the corporate sectors and run summer camp programs for the young and adventurous aged between 7 to 17 years (school children).

With a combination of classroom lectures and carefully planned outdoor activities, programs are created in such a way to make it fun, exciting, challenging and interesting with emphasis on safety.

 

Tempat-tempat untuk dilawati
Pantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.

Pengangkutan
Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Membeli-belah
Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.

Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!

Makan-makan
Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.


Teksi van Pulau Pangkor