TEMPAHAN PAKEJ & PENGINAPAN


Hubungi

Pengurus Pelancong

En. Farid (boy)

H/P 019-222 1353 /

019-5634 777

Email pangkorholiday@yahoo.com


PANGKOR SERVICES

Comp. No. IP0277897-V

No. 1 Pusat Penerangan Pelancongan,

Jalan Sultan Idris Shah,

32200 Lumut,

Perak Darul Ridzuan.


Pulau Impian Enterprise

Akaun Maybank 5582 9340 2612
Pangkor Services  

Akaun Maybank 5582 9340 3571

Pangkor Online Services 

Akaun CIMB 1210-0000666-105


A D V E R T I S E M E N T

 

 

 


Laman Utama >
Latarbelakang

Terus ke DIREKTORI Hotel & Chalet


Latarbelakang Pulau Pangkor

Permata di Selat Melaka

Pulau bersejarah ini kaya dengan khazanah alam semulajadi hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang berhampiran.

Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.

Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan.

(Baca sejarah Pulau Pangkor...)

Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan

Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.


Spesis timun laut yang dipanggil sebagai gamat emas (stichopus horrens) di kalangan penduduk tempatan, adalah bahan penting dalam pembikinan produk perubatan tradisional dan produk kosmetik. Ia terdapat dengan banyak di pesisiran Teluk Nipah khususnya di sekitar Pulau Giam.


Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.

Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.


 

 

 

 

 

 

 

 

<< Burung enggang terdapat dengan banyak di Pulau Pangkor. Anda akan melihat mereka terbang dan hinggap di dahan-dahan. Di Teluk Nipah anda boleh beri enggang makan seperti anda beri makan burung merpati!